Roti Canai
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga yang mengatakan bahawa perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, iaitu "Channal". Mengikut versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India kerana ramai pencanai roti ini kebanyakannya adalah berasal dari sana ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Variasi Roti Canai
- Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
- Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.
- Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.
- Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.
- Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.
- Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.
- Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
- Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.
Ulasan
Catat Ulasan