Makanan tradisional 1

 

                                nasi lemak



Nasi lemak merupakan makanan tradisi Melayu Malaysia.makanan ini boleh ditemui di Singapura,Indonesia dan Brunai.Nasi lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura.Manakala,di Indonesia,nasi lemak lazimnya ditemui di persisir timur Sumatera Utara.Nasi lemak merujuk kepada nasi yang di masak dengan  menggunkan santan kelapa,bagi bertujuan menambah rasa lemaknya.Kadangkala,daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambah aromanya. 


*PEMAKANAN ASAL

Nasi lemak ialah hidangan yang mudah dan ringkas.hidangannya yang lengkap berasaskan nasi yang berlemak santan ditambah rasa pedas sambal,kerangupan ikan bilis,kepejalan telur rebus dan ditawarkan pedasnya dengan timun.Namun begitu,nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu Malaysia pada umumnya.Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan/bungkusan  makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah,kelapa sawit,sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh sebab nasi lemak mempunyai jumlah kalori/tenaga yang tinggi,selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat,kebanyakan masyarakat melayu di Semenanjung Malaysia,Selatan Thai,Brunai dan Singapura,menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka selepas membanting keringat. 


*CARA MEMASAK NASI LEMAK

Nasi untuk membuat nasi lemak boleh di masak menggunakan periuk dapur biasa atau periuk elektrik.Nasi lemak menggunakan santan untuk melemakkan dan menyedapkan lagi seta menggunakan daun pandan untuk mewangikan lagi masakan.

Ulasan